Wednesday, 10 June 2015

Alhamdulillah



Assalamualaikum dan selamat pagi....

So mcm mana hari ni. As usual hari aku mcm ni lah. Takde apa yang berubah. Cuma tengah2 aku scroll twitter. Aku terjumpa satu gambar ni. Simple tapi deep.

Jadi kita perlu bersyukur dengan apa yg ada. Allah maha pemurah lagi maha pengasihani. Dia tahu apa yg terbaik utk hambanya. 

Be strong, be happy, although it is hurt.

Jangan lupa, Alhamdulillah keatas segala nikmat yg telah Dia berikan kepada kita ☺️


Catatan Kehidupan part 2



Hari ni. Result utk sem 2 keluar. Dan aku gagal. Hampir utk repeat Program Matrikulasi. Ya Allah mcm mana aku nk berhadapan dgn semua org terutamanya parents aku yg menaruh harapan tinggi, mak sedara aku yg sedia mencari kesalahan ku. Ya Allah kenapa kau buat aku mcm ni ya Allah. Berdosa sangat ke aku ni. Hina sangat ke aku nie. Aku seolah olah kosong. Tiada siapa berada disisi aku. Hatiku luluh disaat org lain bergembira dgn keputusan mereka. Namun ade juga yg tak bersyukur dengan apa yg mereka perolehi. Habis tu aku ni ya Allah. Masa yg aku habiskan utk menelaaah selama ini. Sia sia mcm tu saja tanpa nampak sebarang hasil. Ya Allah kau betulkan semula akidah ku ya Allah. Jika ini boleh menyebabkan aku hilang pedoman. Apa yg aku buat ya Allah. Aku kalau boleh nak mencari satu kawasan sunyi nk meraung sekuat hati, nak menjerit selagi mampu, nak lari dri semua ini. Kekadang kala aku penat ya Allah utk di uji sebegini. Org sudah mula memandang rendah kepada ku. Yg dulunya kawan entah hilang kemana. Insan yang aku perlukan saat2 genting begini sepi melarikan diri, aku bukan minta lebih cukuplah sekadar berada disisi aku saat susah senang denganku. Sebenarnya aku kecewa, tapi aku tak mampu berbuat apa. Sekadar duduk sendirian di kamar. Melihat rakan lain bergembira. Dan aku pendam segala masalah yg ada. Jikalau hati ini boleh meletup agaknya sudah meletup dgn apa yg aku pendamkan selama ini. Aku tak pandai bercerita mengenai masalahku. Yang aku tahu sekadar pendam dan menahan seksa. Oleh sebab itu aku terlalu berharap ada insan yg berada di belakangku utk memberikan kekuatan. Namun semuanya tuu hanya indah khabar yg di ceritkan di novel novel mahupun drama. Saat aku kecewa, saat aku sedih, saat aku jatuh. Tiada siapa peduli. Bukan utk meraih simpati. Cuma kecewa dgn kononnya yg dikatakan kawan dan sesiapa sahaja.

Aku tahu aku ni siapa. Tak layak utk berkawan dgn kalian. Tak layak utk berdamping dengan kalian. Aku ni siapa sahaja. Budak lemah yg sering dihina. Ya itu aku. Ya Allah. Ujian apa lagi yg Engkau berikan pada diriku ini. Minggu depan 16/6 aku bakal menduduki exam muet semula. Aku memang lemah tapi aku seorang yg degil utk dpt apa yg aku inginkan walaupun kesudahannya mengecewakan. Tapi aku rela kecewa mencuba dprd kecewa duduk berdiam diri sahaja. 17/6 aku akan membawa atuk aku ke pakar di Kuantan. Keesokannya 18/6 bersamaan 1 ramadhan aku akan membawa papa pula ke pakar jantung di Kuantan. Aku diberi kepercayaan utk membuat keputusan yg terbaik utk papa. Ya Allah di usia muda ini apa keputusan yg aku boleh buat. Ianya sekadar memberi tekanan terhadapku. Allahu apakah ujian yg kau berikan padaku ini yaAllah.

Ya Allah ya tuhanku, aku sekadar hambamu yg hina dan lemah ya Allah. Aku bermohon agar Engkau mengasihani hambamu ni ya Allah. Bukan utk menagih simpati tapi kau berikan lah aku jalan ya Allah, kau berikan aku pertunjuk. Aku tahu ya Allah, Engkau sebaik baik perancang. Biarlah aku menangungnya seorang diri. Aku tahu Allah takkan menguji sekiranya hambanya itu tidak mampu menjalani ujian tersebut. Aku berharap ada hikmahnya di sebalik apa yg berlaku ni ya Allah.

Ya Allah, semua org boleh menghina aku tapi bukan ibu bapaku, semua org boleh larikan diri drpd ku tapi jangan buat aku lari dari diriMu ya Allah, manusia boleh dtg dan pergi dri hidupku yaAllah namun kau tetapkan pendirianku terhadapMu. Ya Allah aku bukan sesiapa, aku tidak boleh memaksa utk seseoarang itu kekal bersamaku, who can stay with me through the thin and thick situation. Aku ni siapa je ya Allah. Jangan biarkan aku tidak kekal bersamaMu ya allah. Namun aku tidak putus berdoa agar insan yg aku sayang akan tetap bersamaku. Meskipun aku tahu. Aku tidak akan mendapatkannya. Aku redha ya Allah. Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan ujian yg aku rasa aku tak mampu utk tanggung.

Dan org lain akan terfikir, ini mencerminkan diri aku, ini ke yg dididikan kepada ku, seolah olah aku melawan takdir. Tapi cuba kalian berada ditempatku. Apakah kalian kuat utk mengahadapi hinaan drpd org lain. Selalu di jadikan bahan lawak org lain. Selalu dipandang rendah oleh org lain.
Kalian tak kenal aku. Jangan buat andaian berdasarkan perwatakan aku. Aku mmg sabar. Tapi setiap kesabaran ada hadnya. Aku boleh senyum dihadapan seribu org. Namun dlm hati ini Allah saja yg tahu betapa sakitnya yg aku rasa.

Ya Allah. Aku bersangka baik terhadapMu. Mungkin hari ini bukan hari aku. Tapi aku bermohon agar kau terus memberikan kekuatan utk aku terus kuat menjalani ranjau kehidupan yg mendatang.

Terima KAsih Ya Allah 😌


Sekian , assalamualaikum......

Tuesday, 9 June 2015

Catatan Kehidupan part 1

Assalamualaikum w.b.t semua..
Lama dah aku tak bukak blog nie. Bertahun jugaklah rasanya. Sebenarnya aku pun tak tahu nk update apa. Cuma aku ingin berkongsi ttg kisah kehidupan aku yg aku rasa menyedihkan. Tapi mungkin tidak pada org lain.

Kisahnya bermula apabila aku masuk ke matrik. Walaupun aku sering dipandang hina oleh mak sedara belah ayah aku kerana masuk matrik..tapi aku tetap teruskan niat aku utk masuk matrik. Sebabnye, bukan aku tak biasa dihina oleh mak sedara aku. Setiap kali exam drpd UPSR, PMR smpai SPM. Aku dapat result gempak pun, aku tetap dihina. So this is life. Korang sepatutnya bersyukur, sbb takde keluarga yg menghina kau dan parents kau disebabkan kau hidup susah, parents kau bukan org kaya. Aku dh lali dengan semua tomahan tu. Yang aku tahu kitorang sekeluarga. Walau susah mcm mana pun, papa tak pernah ajar aku utk meraih simpati dan pertolongan drpd org lain. Sebabnya papa dulu sejak dari kecil yatim piatu. Dia selalu di marahi diherdik dimaki oleh mak sedara aku yg selalu menghina aku dan keluarga aku. Papa pernah dpt banyak tawaran drpd Universiti terkemuka Malaysia sbb antara pelajar cemerlang negeri Pahang. Tapi hasrat utk melanjutkan pelajaran terkubur. Aku cerita ni bukan nak meraih simpati. Sekadar dijadikan catatan. Siapa sangka, walaupun dilakukan tanpa sebarang perikemanusiaan papa masih boleh lagi kuat menghadapi pelbagai dugaan.

Aku ingin berkongsi kisah hidup aku. Aku mungkin tidak sekuat papa. Aku cuma budak yg lemah tapi berlagak kuat depan semua org. Disekolah dulu, aku kononnya seorang pelajar yg hebat, sejak dri sekolah rendah aku dh mempunyai pengalaman menjadi seorang ketua pengawas. Seterusnya di sekolah menengah aku turut di beri kepercayaan utk menjadi ketua pelajar sedangkan ade upper six. Tapi segalanya berubah ketika di matrik. Aku pun tak tahu kenapa. Aku menjadi seorang yg lebih pasif. Kurang berbicara. Dan seolah olah zaman aku selama ini ranap. Di kolej aku sekadar mengikut arahan. Entah kenapa. Aku menjadi terlampau rendah diri. Terlampau mengagungkan org lain sehingga diri sendiri dipijak. Aku rasa kosong. Kenapa Ya Allah. Mungkin banyak dosa yg aku lakukan selama ini sehingga aku jadi begini. Seolah mengalami tekanan yg melampau.

Ini mungkin kerana dendam ataupun mahu menunjuk2, mungkin juga tidak ikhlas dlm melakukan sesuatu pekerjaan. Ya Allah ampunilah dosa hambamu ini ya Allah. Di sem 1 aku mengalami kegagalan di final exam. Meskipun aku selalu melakukan apa yg disuruh oleh guru, ibu bapa namun aku tetap tidak memperolehi kejayaan. Mungkin dosa aku yg banyak menyebabkan aku gagal. Walaupun aku study smpai 2 3 pagi. Aku tetap gagal. Org lain tak payah buat kerja pun. Tak payah study beria pun result gempak jugak. Aku bukan nk menyalahkan takdir. Tapi adakah ini ujian buatku. Ya Allah aku tak mampu nk di uji sebegini. Aku takut Ya Allah..aku takut aku hilang pedoman terhadapmu ya Allah.

Sekali lagi aku diuji di sem 2. Ya Allah kenapa jadi begini ya Allah. 3 minggu sebelum final exam. Aku di duga dengan penyakit asma aku yg dtg semula. Aku terpaksa berehat kerana fikiran aku melayang menahan kesakitan yg ku alami. Mungkin disebabkan aku terlalu berjaga malam utk belajar. Jadi Allah bagi aku utk rehat sambil menghapus dosa dosa kecil. Aku anggap ini semua dugaan. Semuanya ujian. Seminggu selepas itu aku dikejutkan dengan berita yg menyatakan papa telah dimasukkan ke wad. Kerana serangan jantung. Allahu rabbi. Waktu itu allah saja yg tahu bagaimana perasaan aku berkecai. Melihat keadaan papa melalui gambar yg dikirimkan. Dengan hanya bantuan alat pernafasan. Papa kelihatan sungguh lemah. Ujian apa yg kau berikan ini ya Allah. Final exam seminggu je lagi. Dalam masa seminggu papa dimasukkan ke wad. Aku hilang tumpuan belajar. Fokus aku hilang. Pagi sebelum kelas aku akan call mama,rehat pukul 10, rehat pukul 1 , balik kelas petang, sebelum ke surau maghrib, sebelum study malam,sebelum tidur, aku akan call mama supaya dia tidak berasa keseorangan. Bukan nak menunjuk ke apa. Sekadar berkongsi. Aku bukannya sempurna. "Bukan sempurna" ayat ini yg selalu merendahkan semangat aku. Dan selalu buat aku rasa rendah diri.

Akhirnya peperiksaan pun bermula, berjalan seperti biasa. Setiap hari aku akan tidur smpai pukul 3 pagi walaupun esokknya ade exam, smpai hari terakhir exam, aku collapsed. Aku demam teruk smpai tak boleh jawab exam. Tapi bila org tanya. Aku jawab aku boleh exam. Ya Allah aku diduga sekali lagi. Betulah kata lecturer aku. Jangan terlalu memaksa smpai kesihatan sendiri lupa.


Bersambung....................