Tuesday, 9 June 2015

Catatan Kehidupan part 1

Assalamualaikum w.b.t semua..
Lama dah aku tak bukak blog nie. Bertahun jugaklah rasanya. Sebenarnya aku pun tak tahu nk update apa. Cuma aku ingin berkongsi ttg kisah kehidupan aku yg aku rasa menyedihkan. Tapi mungkin tidak pada org lain.

Kisahnya bermula apabila aku masuk ke matrik. Walaupun aku sering dipandang hina oleh mak sedara belah ayah aku kerana masuk matrik..tapi aku tetap teruskan niat aku utk masuk matrik. Sebabnye, bukan aku tak biasa dihina oleh mak sedara aku. Setiap kali exam drpd UPSR, PMR smpai SPM. Aku dapat result gempak pun, aku tetap dihina. So this is life. Korang sepatutnya bersyukur, sbb takde keluarga yg menghina kau dan parents kau disebabkan kau hidup susah, parents kau bukan org kaya. Aku dh lali dengan semua tomahan tu. Yang aku tahu kitorang sekeluarga. Walau susah mcm mana pun, papa tak pernah ajar aku utk meraih simpati dan pertolongan drpd org lain. Sebabnya papa dulu sejak dari kecil yatim piatu. Dia selalu di marahi diherdik dimaki oleh mak sedara aku yg selalu menghina aku dan keluarga aku. Papa pernah dpt banyak tawaran drpd Universiti terkemuka Malaysia sbb antara pelajar cemerlang negeri Pahang. Tapi hasrat utk melanjutkan pelajaran terkubur. Aku cerita ni bukan nak meraih simpati. Sekadar dijadikan catatan. Siapa sangka, walaupun dilakukan tanpa sebarang perikemanusiaan papa masih boleh lagi kuat menghadapi pelbagai dugaan.

Aku ingin berkongsi kisah hidup aku. Aku mungkin tidak sekuat papa. Aku cuma budak yg lemah tapi berlagak kuat depan semua org. Disekolah dulu, aku kononnya seorang pelajar yg hebat, sejak dri sekolah rendah aku dh mempunyai pengalaman menjadi seorang ketua pengawas. Seterusnya di sekolah menengah aku turut di beri kepercayaan utk menjadi ketua pelajar sedangkan ade upper six. Tapi segalanya berubah ketika di matrik. Aku pun tak tahu kenapa. Aku menjadi seorang yg lebih pasif. Kurang berbicara. Dan seolah olah zaman aku selama ini ranap. Di kolej aku sekadar mengikut arahan. Entah kenapa. Aku menjadi terlampau rendah diri. Terlampau mengagungkan org lain sehingga diri sendiri dipijak. Aku rasa kosong. Kenapa Ya Allah. Mungkin banyak dosa yg aku lakukan selama ini sehingga aku jadi begini. Seolah mengalami tekanan yg melampau.

Ini mungkin kerana dendam ataupun mahu menunjuk2, mungkin juga tidak ikhlas dlm melakukan sesuatu pekerjaan. Ya Allah ampunilah dosa hambamu ini ya Allah. Di sem 1 aku mengalami kegagalan di final exam. Meskipun aku selalu melakukan apa yg disuruh oleh guru, ibu bapa namun aku tetap tidak memperolehi kejayaan. Mungkin dosa aku yg banyak menyebabkan aku gagal. Walaupun aku study smpai 2 3 pagi. Aku tetap gagal. Org lain tak payah buat kerja pun. Tak payah study beria pun result gempak jugak. Aku bukan nk menyalahkan takdir. Tapi adakah ini ujian buatku. Ya Allah aku tak mampu nk di uji sebegini. Aku takut Ya Allah..aku takut aku hilang pedoman terhadapmu ya Allah.

Sekali lagi aku diuji di sem 2. Ya Allah kenapa jadi begini ya Allah. 3 minggu sebelum final exam. Aku di duga dengan penyakit asma aku yg dtg semula. Aku terpaksa berehat kerana fikiran aku melayang menahan kesakitan yg ku alami. Mungkin disebabkan aku terlalu berjaga malam utk belajar. Jadi Allah bagi aku utk rehat sambil menghapus dosa dosa kecil. Aku anggap ini semua dugaan. Semuanya ujian. Seminggu selepas itu aku dikejutkan dengan berita yg menyatakan papa telah dimasukkan ke wad. Kerana serangan jantung. Allahu rabbi. Waktu itu allah saja yg tahu bagaimana perasaan aku berkecai. Melihat keadaan papa melalui gambar yg dikirimkan. Dengan hanya bantuan alat pernafasan. Papa kelihatan sungguh lemah. Ujian apa yg kau berikan ini ya Allah. Final exam seminggu je lagi. Dalam masa seminggu papa dimasukkan ke wad. Aku hilang tumpuan belajar. Fokus aku hilang. Pagi sebelum kelas aku akan call mama,rehat pukul 10, rehat pukul 1 , balik kelas petang, sebelum ke surau maghrib, sebelum study malam,sebelum tidur, aku akan call mama supaya dia tidak berasa keseorangan. Bukan nak menunjuk ke apa. Sekadar berkongsi. Aku bukannya sempurna. "Bukan sempurna" ayat ini yg selalu merendahkan semangat aku. Dan selalu buat aku rasa rendah diri.

Akhirnya peperiksaan pun bermula, berjalan seperti biasa. Setiap hari aku akan tidur smpai pukul 3 pagi walaupun esokknya ade exam, smpai hari terakhir exam, aku collapsed. Aku demam teruk smpai tak boleh jawab exam. Tapi bila org tanya. Aku jawab aku boleh exam. Ya Allah aku diduga sekali lagi. Betulah kata lecturer aku. Jangan terlalu memaksa smpai kesihatan sendiri lupa.


Bersambung....................















No comments:

Post a Comment